Mengisahkan kehidupan seorang duda, Azrul lakonan Fauzi yang memulakan episod baru dalam rumah tangga selepas berkahwin dengan Milah (Yasmin). Berbeza dengan pasangan bercinta lain, mereka disatukan akibat kejadian tangkap basah.
Akibat kejadian itu, Azrul berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap Milah dan anak perempuannya, Nadia (Eina).
Hubungan Milah dengan Nadia agak dingin kerana Nadia tidak dapat terima kehadiran ibu tirinya itu yang sebaya usia dengannya. Namun, lama kelamaan hubungan mereka berdua menjadi semakin akrab hingga Nadia membantu Milah membuat penampilan baru daripada wanita kampung kepada moden.
Proses perubahan diri Milah turut dibantu rakannya, Nurul (Farah) yang membawa Milah ke salun. Bagaimanakah transformasi Milah menjadi wanita bandar berjaya atau tidak dan apakah hubungan kekeluargaan bersama Azrul dan Nadia semakin akrab?
Post a Comment